Tuesday, March 1, 2011

Temujanji Beregu

Maaflah kerana membiarkan para psikopat chenta ternanti-nanti..
Rindukan entri dari aku.kan?kan?
Peh!Gile perasan syal!Sudah agak lama aku meninggalkan blog kesayangan ni..
Bak kata orang tua-tua..

"Kalau sayang anak..Tangan-tangankan..
Kalau sayang isteri..Tinggal-tinggalkan
Kalau sayang blog.."

Haha..pepatah yang akhir tu saja aku tambah untuk sama-sama kita fikirkan..
Para psikopat sekalian kan bijak orangnya[sambil buat gaya menyindir ala-ala prof sentap hati mak nak]..Cerita pasal cerpen Tak pernah ku benci..Dirimu sayang aku belum ada
sambungan lagi..Haha..Tunggulah sikit lagi ya!..

Kali ini entri aku berkaitan temujanji beregu[baca double date].Maksudnya disini 2 pasangan
keluar menjalankan aktiviti bersama-sama.Aktiviti disini pula terserah kepada pentafsiran
masing-masing.Boleh jadi makan,menonton wayang,bersiar-siar di taman bunga.Inilah aktiviti
yang klise bagi pasangan biasa yang sedang bercinta..Tetapi bagi para psikopat chenta,aktiviti
mereka mungkin lebih ekstrim.Geli-geli misalnya..haha..janganlah cuba menafikan..Ludah!

Pernah atau tidak anda melalui pengalaman temujanji beregu ini?Apakah kebaikan dan keburukan
yang akan anda nikmati daripada aktiviti temujanji regu ini..Aku akan kupas dari sudut mahasiasia..
Ops!Mahasiswa/i..

Temujanji Regu

Kebaikan

1.Menjayakan kempen berkongsi kereta[baca jimat]

Suatu petang jumaat diKolej XXX..

honey:Yyg,jom g overnite kt mlaka..
yyg:Ala..bajet yyg xckup la mucuk..
honey:Exxx & Bxxx[pasangan bercinta lain] kate nak g sane gak..kite folow diorg skali la..
yyg:Betol ke ni?hehe..okay..cuuuun!

Sangat jimat bukan!Jahanam


Biasanya pelajar-pelajar di IPTA/S yang akan menyahut seruan kerajaan ini berikutan sumber
kewangan[PTPTN,MARA,JPA,FAMA] yang terhad.Jika kos pengangkutan dapat dijimatkan,akan ada lebih peruntukan untuk dibelanjakan[baca dibazirkan] bersama pasangan.Pinjaman diberikan untuk menampung kos pembelajaran korang.Bukannnya untuk menampung kos hiburan[wayang,bowling,hotel] korang.Sengal!

2.Merasa hidangan yang lazat[Siakap steam,combo kfc]

Kalau kalian makan dikedai-kedai makan seperti Abe Tom yam,Wira seafood, pernahkah kalian
terlihat
"Promosi untuk 4 orang!
 Siakap 3 rasa+udang goreng tepung+kailan ikan masin+1 jag air
 Hanya rm4x.xx sahaja"

Kalau kalian keluar berdua,pastinya tidak mampu untuk makan makanan sebegini..Gila ape makan
sampai rm4x.xx?kalau kalian bertemujanji regu,boleh la tong-tong[kongsi-kongsi].Pasti berbaloikan?
Tapi mak aku slalu berpesan..Kalau pasal makan janganlah berkira sangat.

3.Yang jauh didekatkan,yang dekat dirapatkan..

Kalian jangan berfikiran negatif.Aku jelaskan disini.Biasanya temujanji regu ini terjadi jika salah
seorang daripada kamu atau pasangan mengenali pasangan yang satu lagi..

Ketika makan malam di Pumpkin
Exxx:Bro..knalkan ni Bxxx..awek aku..
Bro@korang:hai Bxxx..[sambil laga pipi..?apakah?maaf silap babak]
Exxx:Bxxx,ni la Bro..Teman-Dunia-Akhirat I..[prof sentap hati mak nak]


Tambah kenalan

Daripada kejadian diatas..secara tidak langsung awek kenalan kalian bertambah..Bertambahlah
kenalan dibuku telefon anda.di facebook.di tumblr..di twitter..blablabla..

Keburukan

1.Pakar Rujuk

Andai kata pasangan yang satu lagi tengah berkrisis..

Bxxx:Bro..nape i xdapat call Exxx ni?die ade kat bilik x?
Bro@korang:tade plak die kat bilik[padahal ko dah berkomplot dgn si Exxx]
Bxxx:Tape la Bro..Nty kalo die balik ckp Bxxx call eh..
Bro@korang:hait![fuh!lega..]

2 minit kemudian terdengar nada deringan Like A G6..
Bxxx:Bro..Exxx dh balik?
Bro@korang:belum lg la..

Mesti dalam hati kalian terdetik..memang aku ni dilahirkan untuk jadi kaunter pertanyaan ko je..sentap!
kalianlah yang akan jadi pakar rujuk/kaunter pertanyaan..Padan muka!

2.Kenapa kita tidak berjumpa lebih awal?

ketika lepak di Tasik Titiwangsa
Exxx:Bro..kenal kan..ni Bxxx..awek aku..
Bro@korang:Hai Bxxx..[sambil melopong]
Cun la syal![dalam hati]
mase ni ko nampak awek die ni berseri-seri
rambut menggerbang ditiup angin..
ada cahaya kat kepala..Ayu..Ayuuuu...

Melopong!Haha


Yang ini memang patut dielakkan..Tapi bila perasaan itu tiba..susah untuk dinafikan..pandai-pandailah kalian mengatasinya..Janganlah sampai bertumbuk pula kerana perempuan..tapi kalau kalian rasa berbaloi..Silakan!

Teguran daripada Seorang teman..
"ko trtinggal 1 lg keburukan.."katanya..
3.Dosa 


 [alMaidah: 2]

"Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan"

maka? Allah sambung lg d akhir ayat:
"Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya)"


Setiap perkara itu ada baik buruknya..Sama-samalah kita fikir-fikirkan..[rumusan orang malas nak fikir].Haha..

4 comments:

Amni said...

pernah buat double date.. kadang okey.. kadnag tak okey.. so far.. dengan member sorang ni bf dia okey.. so semua okey jadinya... hehehhe.... but still tak share kereta..

Indah Fallen said...

Kalo nk meriah kene yg sekepala ah..
kalo x mesti hambar je..kalo x share kete lbeh privacy kn..
lg sng..kalo tibe2 ade hal kene balik..kan ke haru..
haha

Anonymous said...

betul2 nak jimat kos nie
kau nie suka bagi idea bernas la
HAHA

Indah Fallen said...

Kau terasa bernas ke?haha
ni cume pemerhatian&pandangan je..
yg baek bleh la ikot ye~