Tuesday, February 22, 2011

Kita Memang Dijodohkan Bersama

Assalamualaikum (nada :: sangat excited) aku ucapkan kepada semua readers blog ni yang beragama Islam. Tidak lupa juga, salam sejahtera diucapkan kepada non-Muslim readers. (Sarkastik sungguh kamu ye). Macam ada ramai readers je. Aduhai "Kak Limah Balik Kampung". Erkk? Awal-awal sudah start merepek! 
Sudah-sudah.

Kaulah Nyawaku

Sebelum aku memulakan bicara sepatah dua kata seindah bahasa nukilan isi hati yang menjiwai peranan janji dan juga saranan, aku nak terangkan serba sedikit tentang apa yang akan korang menjerumuskan diri sekejap lagi.. Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri... Dan juga yang penting sekali! Post ini amat PANJANG.. Jangan teruskan kalau ada masalah tak boleh baca bebanyak. Takut migrain pula.

Oleh kerana blog ini diberi nama Si Psikopat Chenta. So, aku pun nak try lah jadi sesaiko yang buleh. Selagi korang tak rasa menyampah, aku okay, mereka okay, semua pun sama okay, aku akan tetap menyaiko sampai bila-bila bersama kapten kapal Indah Fallen.

Kali ni.. Aku nak kongsi benda yang aku rasa korang pun dah tau tapi aku nak korang buat-buat tak tau jugak okay? Okay.. Cuuun... Aku nak cer cerita cer cerita tentang "jodoh" yang tak lapuk dek hujan, dan juga tak lekang dek panas terik matahari yang menyinar di kala tiada awan yang melindungi.

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

(Petikan daripada babak dalam Syurga Cinta)

Syuhada :: Atuk pernah cakap yang jodoh itu terbahagi pada tiga.

Irham :: Tiga?

Atuk :: Yang pertamanya, yang dikatakan jodoh dari syaiton. Kamu   
            berdua berkenalan, berpegangan tangan, dan terus buat
            maksiat, akhirnya Syuhada mengandung. Baru kamu menikah.

            Yang keduanya, jodoh dari Jin. Kamu berdua berkenalan. 
            Kamu sukakan Syuhada, tapi Syuhada tak sukakan kamu.
            Kamu bomohkan dan sihirkan agar Syuhada suka kepada
            kamu. Dan kamu berdua menikah.
    
            Dan yang ketiganya, jodoh dari Allah. Kamu berdua        
            berpandangan mata, terus menusuk ke kalbu. Kamu terus
meminang Syuhada dan Syuhada terima pinangan kamu. Dan kamu berdua menikah. InsyaAllah berkekalan hingga ke akhir hayat. Dan itulah yang dikatakan SYURGA CINTA.

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Okay.. Itu saja yang aku cuba nak sampaikan pada korang sebenarnya. Oh, tidak sama sekali. Aku belum puas menulis lagi.

Itulah tiga jenis jodoh yang ada bak kata "atuk" lah kan.
Tapi.. Korang rasa-rasa touch-touch sentuh-sentuh.. Yang mana jadi pilihan pepara bebudak remaja masa sekarang? Teka-teka, cepatlah teka. Yes! Korang memang bijak lagi memang brilliant. 


Jodoh Dari Setan (bace :: Syaitan)

Haruslah.. Mesti semua nak jawab yang ketiga kan? Dan-dan je nak yang tu. Tapi hakikatnya? Korang lagi suka kalau dapat yang pertama tu kan? Kan..? Kan..? Betul bukan?

Kenapa aku cakap macam jilaka(baca :: syial) dekat atas ni? Sebab kalau korang tengok keliling korang. Kemana saja korang pergi, walau di mana saja korang berada bahkan jika di ufuk merah sekalipun, pasti korang dapat tengok, pasti ada pasangan remaja yang berdua-duaan, bermesra, bertumbuk manja, menggedik sesama sendiri, tak lupa juga ada yang "berglee-glee" @ ringan-ringan saja jika ada peluang kosong yang pastinya hingga membuat sekeliling (yang pastinya kengkorang yang "single") merasa sangat bahagia meluat. Meluat pula ada dua, antara korang jealous/sangat iti hari dengan mereka @ memang meluat!

Hit the spot! Memang terkena sesapa yang sesingle mingle triangle.

Biasanya mereka-mereka yang dapat jodoh begini dari golongan ::-

1. Sedia mula sejak dari azali lagi memang perangai macam haremm!

2. Kurang didikan agama. (Bukan tak ada, tapi kurang). Berapa banyak yang kurang? Itu evaluate lah sendiri  
    ye.

3. Pengaruh makwe/pakwe mereka itu sendiri yang sememangnya seperti no. 1 & 2 di atas.

4. Yang keempat kelima keenam.. Pandai-pandailah fikir sendiri. Sudah besar bukan? Kalau nak senaraikan  
    tak habis-habis. (Sebenarnya malas).


Jodoh Dari Jin

Yang jodoh dari jin ni lagi lah ketidakbolehbelahkan(baca :: tak boleh blah). Dah kemaruk/gila bayang sesangat (bukan sesungut mahupun senggugut). Baca elok-elok ya! Sesangat. Bahasa yang boleh dikira carutan parutan maut serta kasar. 

Mereka yang amalkan benda-benda macam ni adalah orang-orang (mean ramai, bukan orang-orang yang dekat sawah) ::-

1. Memang tak ada otak.

2. Ada otak tapi tak guna, even kalau jual pun still "hot" and sangat-sangat mahal sebab masih belum guna lagi  
    @ memang tak guna langsung.

3. Paling best! mesti dah sangap "lubang" sangat-sangat. Bak kata Farid Kamil, lelaki ter"HOT" di Malaysia  
    lah sangat kan. 
    
     "B... I da sangap lubang ni." Dipetik bak memetik buah dan bukan petik jari daripada filem "Aku Masih 
     Dara". Wow! Cuuuun..!! =P Maaf kepada pembaca-pembaca yang kurang selesa. Berhenti jika mahu,    
     teruskan jika kemahuan.


Jodoh Dari Allah


Sekarang, sampai kita kepada jodoh yang korang nanti-nantikan. Nantikan ke? Entah-entah skip terus. Ye dak? Tau dah.

Alhamdulillah bagi sesiapa yang dapat jodoh dengan cara macam ni. Tapi.. Sekarang ni jarang-jarang (sambil buat gaya Allahyarham Tan Sri Datuk Amar Dr. P. Ramlee dalam Nujum Pak Belalang) kita nak tengok such as this scene to happen.

Biasanya mereka yang mendapat jodoh begini bercinta semasa di alam perkahwinan. Cinta dapat disemai dan 
dibaja supaya dapat mencambahkan benih-benih menjadi tunas yang tumbuh mekar. Siapa kata bercinta hanya boleh sebelum berkahwin. Bullshit! Dusta belaka. Jangan percaya. Couple boleh sampai kahwin ke? Sampai ke akhir hayat? Susah juga nak tengok. Tapi...

Yang pasti, senang sangat nak tengok lelaki/perempuan kecewa @ "frust" menonggeng tahap gaban bila breakup dengan makwe/pakwe masing-masing. Tau-tau je masuk surat khabar bunuh diri sebab tertekan. Apa tu? Lagi lah tak boleh pakai. Hampeh je. Perasaan emak ayah langsung tak mau fikir. Tapi.. Nak buat macam mana kan? 

Dah berlaku. Kepada yang baru-baru breakup berniat nak bunuh diri tu. Bebawak lah mengucap. Fikirlah. Sudah cukup amal ke? Sedarlah kita hanya di dunia pinjaman semata. Di syurga akan dapat segala yang kita mahukan. Macam ceramah pulak ya. 

Ish.. Dah jauh aku menyimpang ni. Ni semua "couple" punya pasai lah ni.. Maaf. Kita sambung kembali. Antara orang-orang yang berkemungkinan mendapat jodoh sebegini (mungkin ya bukan pasti) ::-

1. Orang yang beriman dengan enam rukun Iman. Senaraikan sendiri ya.

2. Orang yang biasa membuat dosa. What? Wadehel? Believe it or not. Percayalah bahawa Allah itu Maha    
    Besar dan maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambanya. Mungkin sudah sampai masa untuk   
    orang sebegini untuk berubah. Macam cerita Syurga Cinta juga bukan? =P

3. Senang cerita lah kan. Semua orang boleh dapat jodoh macam ni. Cuma Allah berkehendak mahupun   
    tidak. "Kun Faya Kun". Korang boleh faham sendiri bukan?


Fuhh.. Akhirnya, masa yang aku pulak tunggu daripada tadi. Masa untuk penutup sebab jari sudah letih menaip. Apa yang letih sangat pun tak tau lah. Kepada kengkorang (singkatan korang-korang) yang terasa nak berkahwin tu. Amalkanlah solat Istikharah ya. Minta petunjuk dari-Nya. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui. Moga-moga dapat jodoh macam number tiga itu. Sebab saya pun mahu itu. (Ku mahu kamu..)

p/s: "Awak.. Saya kumpul duit banyak-banyak dulu ya. Kalau sudah cukup untuk sara awak.. Saya melamar ya". Luah si hati. =P Kalau lah awak tau. Aku berundur dulu ya. Assalamulaikum.

1 comment:

Si Gades said...

untuk sape agaknya kau nak tujukan ayat nie :
"p/s: "Awak.. Saya kumpul duit banyak-banyak dulu ya. Kalau sudah cukup untuk sara awak.. Saya melamar ya". Luah si hati. =P Kalau lah awak tau."