Wednesday, July 20, 2011

Kosong

Selama kau hidup, berapa lama kau keseorangan?
Maksud aku disini, keseorangan tanpa cinta dari kekasih.

Mungkin ada yang seawal zaman sekolah sudah bercinta, berpasangan.
Sudah boleh dikatakan ia satu budaya,trend,ideologi yang berasimilasi
dalam jiwa kebanyakkan kita. Pasangan silih berganti. Kecewa dan sedih
hanya singgah sedetik cuma. Kita akan sambar apa sahaja yang datang,
asal sahaja tidak keseorangan,sendirian.

Tidak pernah hidup tanpa cinta.
Tidak boleh hidup tanpa cinta.

Teruk sangatkah jika keseorangan,sendirian?

Teruk sangatkah..

      jika aplikasi BBM kau sepi?
      jika dinding facebook kau tiada tertulis

Ini betul-betul.Bukan cubaan!
        


      jika menonton Sekali Lagi(cerita cinta) di wayang sendirian.
      jika tidak menangis/mengadu dibahu nya?

Teruk juga rasanya. Kau pernah rasa?haha

Tapi kau tahu..
lebih teruk jika sendirian tanpa rahmat dari Nya
Gelap. Kosong. Kau pernah rasa?


*Guide us to the straight path*

3 comments:

Unknown said...

aku x pernah merasa teruk tanpa cinta dari seorang kekasih. aku rasa dengan cinta seorang kekasih kita akan jadi teruk. tinggalkan famili dan kawan2 semata mata untuk kekasih. itu yang aku nampak pada kawan2 aku.

sungguh aku rasa bahagia dengan adanya Dia yang Maha Esa, keluarga dan kawan2 yang sayang aku.

x perlukan sayang dari seorang kekasih buat masa ini. sungguh aku tak mahu serabut dengan cinta cintun uda dara.

komen panjang berjela. boleh buat entry baru. :)

Fall Nish said...

Syamin!
Kalau mahu post entry,silalah emelkan sahaja.

Point yang baik..^_^
Memang tepat mengena!

Noor Fatin said...

penah rasa. satu ketika dulu. hehe tapi xla rasa sampai teruk ke xnak hidup ke. haha rasa biasa2 je la :)