Monday, February 14, 2011

Kau Sakiti Aku Lagi..Cinta!

4 bulan yang lalu..
Aku tewas dalam perjuangan cintaku..Sedaya upaya aku pertahan.Namun gagal..
Entri ini bukanlah mengenai kekecewaan aku..hehe..Ini cuma permulaan dimana aku
mengenali seorang gadis dilaman sesawang Facebook..Namanya merupakan gabungan
2 gadis yang pernah mengecewakan aku sebelum ini.(mesti korang nak tau kan..tapi aku
xkan sebut disini..)..Cukuplah sekadar memanggilnya cik AH..Setuju?Haha


Cik AH mempunyai sifat yang agak peramah..Dia tidak kisah jika mahu berkawan..Dia terang-terangan
mengaku sudah berpunya(ah..melepas sudah)..Tapi lama kelamaan kami mula akrab.Dia sempat bercerita bagaimana kecewanya dengan kisah cinta silamnya..Kekasihnya berkahwin dengan perempuan lain..Dia berharap agar bahagia bersama kekasihnya yang baru..Aku selaku teman tapi mesra sering mendoakan kebahagiaannya..

Selalu setiap hujung minggu cik AH akan menghubungiku..berbual sekadar bertanya khabar..Kerana kekasihnya(yg di panggil hubby) sering berkerja diluar(outstation)..


13 Febuari 2011


Aku bersama teman-teman Jasper keluar bersama-sama untuk makan tengahari(petang actually..Jam bell&ross ku menunjukkan 4.15 pm) di Restoran Barra..Selepas itu kami bermain bowling di Ole-ole..
semasa bermain bowling, ada salah seorang teman-teman Jasper ini telah terbongkang ketika membaling bola untuk pasukan kami.Haha..memang menjadi bahan gelakan sampi balik..Ops!Terlebih sudah..Maaf ya kepada Dani yang terasa..Setelah penat berdekah, Proton Persona dipecut laju menuju ke pusat Akuatik Shah Alam..Masa untuk berendam..

Selesai mandi kami menuju ke Seksyen 2 untuk makan..Tiba-tiba telefon bimbitku berdering.Tertera nama cik AH..Suaranya terketar-ketar..
Aku: Awak nape ni?
cik AH: Saya demam..
Aku: Dah makan ubat lum?
cik AH: tak nak makan ubat..biar saya mati lagi baik..(aku sentap!)
Aku: La,nape ckp mcm ni?
cik AH: yela..daripada sakit ditipu oleh orang yang kita sayang..

Dalam otakku berfikir "la..gado dengan hubby ke?"..Aku bertanya lanjut..berat mulutnya untuk menceritakan kepada aku..Lama-lama dia bercerita juga.."hubby dah ade isteri sebenarnye"..Apakah ini?wadehel?Geramnya aku..

[Tag line kegemaran Amy Mok]



Kepada yang sudah bersuami@isteri..berpeganglah pada ikatan.Buatlah cara seperti orang yang sudah berkeluarga.. Fikirlah tanggungjawab..jangan sesekali curang..Memang tidak dinafikan lelaki mempunyai 4 slot untuk isteri..Tetapi berilah peluang kepada kami yang masih bujang.. Tapi harus diingat, tidak semua perempuan yang sanggup berkongsi kasih..

Tolonglah setia..Tolonglah serius..
kalau lembu dipegang pada talinya..
kalau manusia dipegang pada janjinya.

Kepada para gadis yang membaca entri ini..Sila berhati-hati dengan alasan bekerja diluar kawasan(outstation)..Walaupun ianya klise, inilah kenyataanya!

Kepada cik AH semoga tabah mengharungi kekecewaan yang kesekian kalinya..
Nanti kite pegi bercuti same2lah..=P

6 comments:

HEROICzero said...

gadis2 zaman skrg terlalu mudah. yang untung, jantan2 tu jugak. haih..

*semoga yang baik2 buat kamu. =)

Indah Fallen said...

Tu la yg aku cuba sampaikan..
jgn jd murah sgt..
thanxs hero..=)

HEROICzero said...

Most welcomed. =)

riza said...

tanpa alasan outstation pon lelaki masih mampu menduakan cintanya....jadi perlu berhati² dalam setiap kata² lelaki

Indah Fallen said...

riza:untuk selamat..sama2 la kita berwaspada..xkira ah laki@pmpuan..sume berpotensi utk menipu

Anonymous said...

lelaki sumer smer suke ambil ksempatan ke atas kelemahan seorg wanita. sptutnyer laki lah yg mnjage wanita. ini tdk suke maenkn wanita.............tah ler dunia2...... wa dh x caye pd mner2 laki