Sunday, February 20, 2011

Tak pernah ku benci..Dirimu sayang

Tajuk entri kali ini agak terlampau jilaka rasa nya..haha
Mungkin ada yang akan berkata "Geli syal!"..Tapi, ada aku kesah?
Aku kan si psikopat chenta..

Tajuk entri ini adalah petikan baris terakhir lirik lagu dendangan boy band yang
tak sanggup aku nak sebutkan namanya disini.Geli Mat![psst!padahal suatu masa dulu,
aku selalu karaoke lagu-lagu kumpulan ini dirumah.ni rahsia tau]..
Bagi peminat-mati-keras kumpalan ini,terutamanya gadis-gadis pasti dengan slumber ya ya
dapat meneka tajuk lagu dan nama kumpulan ini dengan tepat..Bagi yang tak tau..
silalah google[jangan malas]..Aku rasa lirik lagu ini sangat sesuai dengan cerpen pilihan
kali ini..Layan..


Cerpen:Tak pernah ku benci..Dirimu sayang [Prolog]

****Pent****

"Kringggg!!"
Deringan jam loceng milik Ban membantutkan lena Pent..Pent bangun sambil menggosok-gosok
matanya.Terlihat Ban dan Angah masih mengerekot berselubung dibawah toto.Pent menuju ke
alat penghawa dingin dan mematikan suisnya.Dia teringat bagaimana mereka bertiga melarikan
alat penghawa dingin tersebut dan bersusah payah memasangnya dirumah..

Hari ini Pent bekerja syif pagi.Dia menyumpah seranah siapa yang membuat jadual minggu itu.
Walaupun sebal,dia tetap pergi jua kerana rasa tanggungjawab dan komited terhadap kerja.Dia sedar
bukan mudah untuk mendapatkan kerja ditengah ibukota Kuala Lumpur.Setelah bersiap-siap,
Pent menghidupkan enjin motor dan memecut laju menuju ke Petronas.Bukan Petronas carigali atau
menara berkembar Petronas.Dia hanya juruwang disebuah stesen minyak berjenama Petronas.Sudah
hampir setahun dia mengabdikan dirinya disitu.Tidak tahu mengapa dia suka berada,bekerja disitu.
Mungkin adanya teman-teman yang sehaluan dan mungkin skop kerja sebagai juruwang yang lebih
mudah berbanding dengan kerja-kerja yang pernah dilakukanya sebelum ini.

****Fizz****

Hari ini kertas peperiksaan terakhir bagi Fizz sebelum cuti semester bermula.Penat malam tadi
dia berjaga bersama Fatih dan Nana mentelaah nota-nota dan kertas peperikasaan tahun-tahun lepas.
Semester ini dia berazam untuk mendapat anugerah dekan seperti semester yang sudah-sudah.Matematik
adalah minatnya.Memang tepat Fizz memilih untuk mengambil kursus Diploma Statistik.


Diluar dewan peperiksaan Fizz tersenyum melihat Fatih berjalan kearahnya.."Kenapa senyum-senyum ni?"
Fizz menjawab"Aku rase boleh A+ ah paper calculus td".Peperiksaan kali ini dirasakan mudah dan dia yakin
akan mendapat keputusan yang cemerlang..Mereka berbasa basi sambil menunggu Nana keluar.
Esok mereka akan berpisah.Walaupun cuma sebulan lebih,mereka tetap merasakan kesedihan itu..
Fizz menelefon abangnya.
"Abang sampai pukul berapa esok?"
"Petang rasanya..Yela,KL-Kelantan bukanla dekat"
"Oh..Okay..Sape lg yang ikot?"
"Mira sorang je..Kalo ramai-ramai nanti x muat nak isi barang you"
"Haha..betul gak tu,okay lah"
Setelah memberi salam talian diputuskan..
Mira..ah,rindu sekali Fizz pada si kecil ini.keletahnya,senyumnya,tangisnya..Tidak sabar rasanya
untuk memeluk adik bongsunya itu..

[Tamat Prolog]
How We Met?

3 comments:

noor haNISAh said...

new boyz bukan???? hahahah

Indah Fallen said...

haha..kantoi la plak..=P

Meister said...

kantoi! haha! aku yang pertama...