Thursday, February 17, 2011

Kau Rampas Dia..Kau Marah aku..

Sebelum aku mulakan entri berkaitan rampas[bukan ramas ye!Baca dengan betul] ni..
Aku sempat Ctrl+T dekat Chrome[web browser feveret] untuk mendapatkan pengertian rampas
supaya para psikopat sekalian tidaklah blur dan tertanya-tanya..

Rampas membawa maksud  mengambil secara kekerasan paksaan, meragut, merampas, menyamun, menyita dan juga sama erti mengambil alih kekuasaan tanpa menurut perlembagaan.

Agak ganas dan kejam pengertiannya bukan?..Baiklah..Itulah maksud rampas dari segi bahasa..
Seperti yang para psikopat sedia maklum,blog ini menjurus kepada penulisan isu tak lapuk dek
hujan, tak lekang dek panas..Ya!Isu Chenta[baca sambil mata berkaca-kaca..haha]..Walaupun klise..
stereotaip..Tapi kalian suka bukan..Sebab kalian memang si psikopat chenta..Ini kisah kita..

Pernahkah kamu merampas kekasih orang?
pernahkah kekasih kamu dirampas orang?

Sebelum aku mulakan penulisan[makian] yang penuh emosi..
Indah:Ish!Fallen Kan penyabar..Janganla Maki or carut okay?
Fallen:Haha..Sorry la,,Teremosi lak..^_^

Aku memang penyabar..tapi ada satu lagi situasi lahanat[baca kisah cik AH sebelum ni] telah terjadi
di hari valentine yang lepas..
Situasinya begini..Kawan aku si runner ni sedang melalui fasa terapi-chenta[cuba hidup tanpa si dia]
Dia ni sangat gemar ber'chit-chat'di facebook..[mungkin cuba melupakan kemurungan,aku hanya menebak]
Tiba-tiba "Ding!"bunyi chat box..diamati nama yang tertera..terdetik di hatinya,si-perampas-lahabau..
berikut adalah serba sedikit isi kandungan chat yang sempat disalin-tampalkan[sebut copy-paste]..

si-perampas-lahabau :: kau rapat kan dengan xxxx?

si-duka-nestapa :: rapat..
        sekarang da x da pun..
        biase2 je..

si-perampas-lahabau :: hem...
        baguslah

si-duka-nestapa :: saya tau..
        marah ke sy rapat?
        salah ea?
        salah ea?
        kalau salah saya bley jauhkan..

si-perampas-lahabau :: xsalah
      cuma

si-duka-nestapa :: cuma?

si-perampas-lahabau :: aku...xberapa selesa

si-duka-nestapa :: ok..
     x slesa..
     bley je nk jauh.
     x kesah.
     asalkn kamu selesa..
     ok?

si-perampas-lahabau :: its ok.... kalau nak berkawan
     saya tak kisah...
     tapi jaga k...
     sebagai seorang kawan

si-duka-nestapa ::dari hari pertama status relationship naik saya da tau apa yg saya perlu buat..
    so.. jgn risau..
    sy x kacau xxxx..
    confirm..
    sy pasti apa yang saya wat..

si-perampas-lahabau :: baguslah...sy x halang nak berkawan
    its ok... booleh... teruskan....k
    jangan kau ingat aku tak bagi.....
    jaus reminder
     ///just///

[Arghh!]

Ape kes ni mat?Dah la ko rampas kebahagian die..dah la ko ragut bunga-bunga di taman hatinya seperti lembu meragut rumput..lagi ko nak bagi peringatan dekat die..Kau rampas awek die,,pastu ko sound tepek lagi..memang kejam!memang lahanat! Naseb ah yg kene ni jenis xmelawan..haha..kalo aku,dah lame masukan lahabau ni dalam guni..campak dalam laut..

Maafkan aku para psikopat..teremosi sikit..habis keluar bahasa pasar..oh tidak!..Jangan buat perkara yang pelik-pelik demi pasangan yang tidak setia..tidak berbaloi langsung..


Aku sebenarnya masih keliru dengan perkataan merampas dan dirampas ni..
Katalah kamu ada chenta hati[lelaki/gadis]..Dia pergi meninggalkan anda demi lelaki/gadis lain..
Adakah lelaki/gadis itu perampas?Kelihatan seperti chenta hati kamu yang rela pergi kepadanya..
Tidak sama langsung dengan pengertian rampas diatas bukan..Mungkin bila kekasih kamu diculik dan dibunuh @ meninggal dunia barulah ada unsur-unsur rampas..Tapi harus diingat, dia cuma kekasih bukan isteri..Bukan milik kamu sepenuhnya...





4 comments:

HEROICzero said...

kawan kawan kawan, beginilah. kalau kamu ada chenta hati, dan chenta hati kamu mahu pergi kepada 'dia', sebaik nya biarkan saja. apa dipandang lagi pada orang yang sudah bersama dengan seseorang, tapi masih pergi kepada orang lain.

kalau aku, aku redha. mungkin sedikit dalam hati aku akan kata,

"pergi lah kau dengan nya. gadis seperti kamu selayaknya untuk lelaki seperti dia,"

If you love two people at the same time, pick the second one. If you've truly loved the first one, you wouldn't have fallen for the second one.

.END.

Fall Nish said...

Setuju dengan kata dalam hati ko tu hero..
yang last tu aku xbp nk fhm la..
cer cerita cer cerita..

Meister said...

btol3... kalau dia btol2 sayangkn org yang pertama tu.. mesti dia x mungkin jatuh hati pada org kedua 2.. sangat tucing mucing mengucing ayat 2...

noor haNISAh said...

karotan saja. benci situasi beginih