Sunday, December 18, 2011

Reaksi Emosi Seorang Sendiri

Boss,hujung minggu ni ada OT tak?
Sabtu,Ahad ada..Kau nak hari apa?
Sabtu..Ahad sekali lah..
Kuat betul kerja.Bila majlisnya ni?
*lancang sungguh mulut beliau kan..

Biasalah..Orang tiada kekasih hati.Hujung minggu tiada makna katanya..
Teman serumah semua keluar,tonton wayang bersama gadis masing-masing.
Daripada kau terperap sendiri,ada baiknya kau bekerja tambah duit.

Eh,cepatnya bateri handset Samsung kau kong?Kita kan sama-sama beli hari tu..
Awek aku asyik call je lah..jap-jap kene cas..
*lancang sungguh mulut beliau kan..

Biasalah..Orang tiada kekasih hati.Ada telefon serupa tiada,bila nak guna
sibuk suruh kawan missed call.Kalau bateri pun sampai sudah habis,apa guna
missed call.Tambah nilai apatah lagi,tidak terlintas langsung tatkala membentangkan bajet bulanan.

Kat Giant pun nak pegang-pegang tangan!
Eh,biarlah..ntah-ntah bini dia ke?
Mana ada laki bini mesra macam tu..(Muka serius)
Alah,macam dulu-dulu kau tak buat je..
*lancang sungguh mulut beliau kan..

Biasalah..Orang tiada kekasih hati.Baru menyedari kejelikkan dan kekejian perangai sesetengah pasangan bercinta yang terlampau-lampau manja mesranya.

Eh,ada blog baru lah..macam cool je..
Blog si Pencopet Chenta ke?Aku dah follow lama weh..Aku syak writer dia mesti kachak macam jilaka
Ye ke?Wah..Nak follow..

Biasalah..Orang tiada kekasih hati.Baru mula kenal wujudnya blog-blog yang menghidangkan bahan ilmiah untuk dibaca.Kalau tidak,asal online cari kekasih,ditelefon bimbit kekasih,di FB kekasih.diTwitter kekandek(kekasih pundek)..huh!


Inilah hasil kajian aku yang cuba menghayati watak single@forever alone sepanjang setahun lebih.
*Takkan setahun banyak ni je?
Okay lah tu..aku busy kot.banyak desktop dan laptop yang aku kena troubleshoot..haha

7 comments:

merapu said...

tomel

Indah Fallen said...

time aceh..;p

Siti Mashitah Saidin said...

lancang sungguh mulut beliau kan? hahaha.

aku terasa.. haish.. forever alone. :P

Siti Mashitah Saidin said...

lancang sungguh mulut beliau kan? hahaha.

aku terasa.. haish.. forever alone. :P

Siti Mashitah Saidin said...

lancang sungguh mulut beliau kan? hahaha.

aku terasa.. haish.. forever alone. :P

Siti Mashitah Saidin said...

lancang sungguh mulut beliau kan? hahaha.

aku terasa.. haish.. forever alone. :P

Fall Nish said...

Amboi..sampai 4 5 kali komen.teruja sangat nih.haha