var/www/psikopatchenta/Dila Shaffei/To Parit Raja, With love.docx
Setiap saat ternanti – nanti,
Khabar dari orang yang dirindui,
Tapi sayang hanya sunyi dan sepi,
Hingga malam dibuai mimpi...
Beban hati menanggung rindu,
Dikala raga terpisah jauh,
Walau sepi bercampur pilu,
Namun ku tetap setia menunggu..
Adakah kau juga seperti aku,
Rasa gelisah dan tak menentu,
Sentiasa berdoa kita kan bersatu,
Dan aku menjadi ratu hidupmu...
Tidak perlu ucap rindu selalu,
Jika masing2 sudah sama2 tahu,
Biarlah doa menjadi peneman rindu,
Disetiap sujud dan usai solatku...
Dalam hubungan tak perlulah terburu,
Seperti katamu sabarlah selalu,
Moga kita nikmati manisnya madu,
Pabila kelak ku jadi kekasih halalmu,
Tinggi harapanku pada kamu,
Kelak menjadi pembimbing diriku,
Selain imam setiap solatku,
Juga khalifah dalam keluargaku...
Sebelum diriku engkau miliki,
Rungkailah jawaban yang yakin pasti,
Wajib istikharah yang engkau dahului,
Kerana redhaNya yang kita cari..
InsyaAllah..amin..:)
4 comments:
Mendalam sungguh karya beliau..
Bertuahlah jejaka Parit Raja itu..;P
Terima kasih Dila..
bagus budak nya ni . ha ha ha .
Bertuah badan..
bleh buat lagu nih =)
Post a Comment