Thursday, August 25, 2011

Baju Dan Kenangan


Bahang raya semakin dekat. Mesti kau tengah sibuk mencari-cari baju raya dengan kekasih..
Samalah kita ;).Lagi-lagi pergi jalan TAR..Walaupun haus,berpeluh-peluh, aku gagah juga
melayan kerenah dia. Siapa yang tak sayang kekasih bukan.Haish!

"Yang,cantik tak warna ni?"
"Kalau awak yang pakai semua cantik.."
"Yangg!jangan lah main-main.."
"Hehe..okay.Tapi awak jangan complaint bila saya pilihkan"
"Okay..hehe.."

Banyak sudah yang dia borong. Dari baju kebaya,selendang dan bunga-bunga..
Aku nak sangat tengok dia berselendang tahun ini..Ya,pertama kali bakal beraya bersama..
Tiba di sebuah kedai dia membelek-belek baju melayu coklat.

"Yang,cuba yang ni."
"Coklat ni?"
"Yela..Nampak sedondon dengan baju raya saya"
"Okay.."
"Perfect!hehe..Abang baju yang coklat ni satu tau dengan songket ni sekali"

Dengan muka slumber yaya dia membayar..

"Awak kenapa melopong ni?"
"Err..Awak belanja ke?"
"Yela..Saya tau awak penat temankan saya.hehe"

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Kini aku kembali ke jalan TAR..
Menyusur lorong-lorong penuh memori..
Sayu..Sendiri..

"Bang,kenapa asyik pakai baju melayu coklat ni.Kan mak ada beli yang baru.."
"Tak apa lah mak..Baju ni pun elok lagi"
"Iyelah"
"Orang pergi sembahyang raya dulu ye mak"

Tangan emak ku cium dan pergi..

Ada linangan air mata di kedut kelopak matanya..




4 comments:

Siti Mashitah Saidin said...

owh.... sedih.

HEROICzero said...

alolololo ~ move on dude . boleh bakar je baju tu .

Azroy Kassim said...

baa~ CAK!!

guane nak follow blog ni?

ama said...

hurmmm .. :(