Wednesday, June 22, 2011

Dosa dan Denda.

var/www/psikopatchenta/AreDale/Dosa dan Denda.doc


If you love someone, set them free. If they come back they’re yours ; if they don’t they never were,”

Biasa dengar? Dalam dunia cinta, quote tersebut sering digunakan. Idea nya, Jika kau betul-betul sayangkan seseorang, biarkan dia bebas. Kalau betul dia hak kau, milik kau, percaya saja dia akan kembali pada kau. Jika tidak, itu takdir Nya. Dan kau harus relakan. Harus redha.

Persoalan nya, releven atau tidak?

Jika ditanya pada ‘dewa cinta’, ya. Cinta yang sejati itu tiada istilah paksaan dalam perhubungan.

Dari perspektif ‘psikopath cinta’ ?

Begini, kawan.

Jika benar kau sayangkan dia, untuk apa kau lepaskan dia? Kau takut dituduh tidak adil? Biar dia pergi kepada si dia yang lain? Dan kau rela berkorban untuk kebahagiaan dia?


*senyum*


Berhenti jadi pengecut. Berhenti jadi bacul. Berhenti jadi orang yang pentingkan diri sendiri. Kau lepaskan dia, bukan kerana untuk kebahagiaan dia. Tapi semata untuk kebahagiaan kau. Dengan melepaskan dia, kau rasa kau sudah buat satu benda yang mulia. Kau sudah buat satu benda yang ‘betul’ . Dengan melepaskan dia, kau hanya mahu jadi hero.

Pegang apa yang kau ada, pertahan apa yang kau milik, berjuang untuk orang yang kau sayang.


All is fair in love and war.”


.END.

5 comments:

HEROICzero said...

Thanks weh. =)

Fall Nish said...

Sama-sama!

Mashe said...

yeah! go go chayok!~

GamUHU said...

terbaik!.

aliea hafiza said...

thankz,,,trbaeeek r