Saturday, May 21, 2011

Kotak Cinta

Kotak Cinta

Kau pernah menonton filem Berlari Ke Langit? Apa? Kau tidak suka filem Melayu?Kalau kau mahu tahu, aku suka juga menonoton filem Melayu. Baiklah, kalau kau belum menonton filem itu, tidak mengapa juga. Aku cuma teringat satu babak didalam filem itu dimana Indra ada kotak cinta.

Apakejadahnyakah kotak cinta itu?Istilah kotak cinta disini merujuk kepada kotak yang mengandungi bahan-bahan cinta kau orang.Contohnya gambar, hadiah pemberian kekasih, surat, kad ucapandan apa-apa lagilah. Kiranya koleksi kenangan cinta kau oranglah.

Jujurnya, aku juga ada sebuah kotak cinta seperti Indra. Tapi aku hanya menggunakan kotak kasut ChuckTylor a.k.a Converse sahaja. Kau ada kah?Ha ha ha. Aku yakin kau orang mesti ada kan?kan?kan? Apa! tiada? Kecewalah!

Kau orang ada kad memori,cakera keras[hardisk], cakera keras luaran [external hardisk],server[mungkin juga] yang mengandungi gambarcensored, video3gp dan bla bla bla lagi? Ha, itu juga boleh dikira kotak cinta kau oranglah. Tapi yang ini mungkin kita panggil kotak cinta maya.

Kotak cinta aku sarat dengan surat-surat cinta dari zaman persekolahan. Siap ada bau bedak lagi.Ha ha ha. Maklumlah, aku kan Romeo Malaya. Surat jadi banyak sebab aku belajar diasrama. Saban minggu berutusan surat. Mengapa surat?Masa itu telefon bimbit Nokia 3310 baru dipasarkan. Kad sim juga mencecah ratusan ringgit.Manalah mampu!

Selain surat, gambarmuncungitiknya juga disertakan sekali sekala.[Aku begurau, masa itu gaya gambarmuncungitik belum ditemui lagi >.<] Buat pengubat rindu katanya.Hadiah yang paling aku ingat ialah botol nescafe yang mengandungi bunga mawar merah, lalang ekor kucing dan nota kaki yang tertulis..
       
        Simpan Selagi Awak Sayangkan Saya
        ~HACKS~
        Hanya Aku Cinta Kau Seorang!

Lalang ekor kucing




Siapa kata budak sekolah tidak tahu bermain bercinta..ha ha ha
Tetapi kami berpisah akhirnya. Selepas itu,Kekasih datang dan pergi..silih berganti.
Kotak cinta itu tetap satu. disitulah segala-galanya diabadikan.
Aku pernah berangan-angan untuk simpan kotak cinta itu buat tatapan anak cucu.
Gila!

Kau?
Kau masih simpan kotak cinta itu lagi?
Kau masih simpan surat kirimanya?
Kau masih simpan gambar kenangan lama?
Kau masih simpan kotak cinta maya itu lagi?

Atau setiap kali perpisahan kau akan mengosongkan segala isinya?                                                           

2 comments:

HEROICzero said...

aku semacam familiar dengan "berlari ke Langit". bila aku google, ecehh cerita ni ke?

Well, to be honest, aku ada satu.

Dalam kotak tu (kotak kasut), aku simpan gambar, bear kecik, surat2, dan beberapa barang kecil2 pemberian seseorang.

=)

for some reasons, aku pulang semula pada si empunya badan.

untuk move on, mungkin?

entah.

Fall Nish said...

Haha..kau tonton juga ya?
Aku rasa ramai yang memulangkan semula untuk move on..
Itu pilihan yang terbaik..
mungkin.