Kau pernah menonton filem Berlari Ke Langit? Apa? Kau tidak suka filem Melayu?Kalau kau mahu tahu, aku suka juga menonoton filem Melayu. Baiklah, kalau kau belum menonton filem itu, tidak mengapa juga. Aku cuma teringat satu babak didalam filem itu dimana Indra ada kotak cinta.
Apa
Jujurnya, aku juga ada sebuah kotak cinta seperti Indra. Tapi aku hanya menggunakan kotak kasut ChuckTylor a.k.a Converse sahaja. Kau ada kah?Ha ha ha. Aku yakin kau orang mesti ada kan?kan?kan? Apa! tiada? Kecewalah!
Kau orang ada kad memori,cakera keras[hardisk], cakera keras luaran [external hardisk],server[mungkin juga] yang mengandungi gambar
Kotak cinta aku sarat dengan surat-surat cinta dari zaman persekolahan. Siap ada bau bedak lagi.Ha ha ha. Maklumlah, aku kan Romeo Malaya. Surat jadi banyak sebab aku belajar diasrama. Saban minggu berutusan surat. Mengapa surat?Masa itu telefon bimbit Nokia 3310 baru dipasarkan. Kad sim juga mencecah ratusan ringgit.Manalah mampu!
Selain surat, gambar
Simpan Selagi Awak Sayangkan Saya
~HACKS~
Hanya Aku Cinta Kau Seorang!
Lalang ekor kucing |
Siapa kata budak sekolah tidak tahu bermain bercinta..ha ha ha
Tetapi kami berpisah akhirnya. Selepas itu,Kekasih datang dan pergi..silih berganti.
Kotak cinta itu tetap satu. disitulah segala-galanya diabadikan.
Aku pernah berangan-angan untuk simpan kotak cinta itu buat tatapan anak cucu.
Gila!
Kau?
Kau masih simpan kotak cinta itu lagi?
Kau masih simpan surat kirimanya?
Kau masih simpan gambar kenangan lama?
Kau masih simpan kotak cinta maya itu lagi?
Atau setiap kali perpisahan kau akan mengosongkan segala isinya?
2 comments:
aku semacam familiar dengan "berlari ke Langit". bila aku google, ecehh cerita ni ke?
Well, to be honest, aku ada satu.
Dalam kotak tu (kotak kasut), aku simpan gambar, bear kecik, surat2, dan beberapa barang kecil2 pemberian seseorang.
=)
for some reasons, aku pulang semula pada si empunya badan.
untuk move on, mungkin?
entah.
Haha..kau tonton juga ya?
Aku rasa ramai yang memulangkan semula untuk move on..
Itu pilihan yang terbaik..
mungkin.
Post a Comment