Tuesday, May 10, 2011

Apa status Facebook kau?

Ana Raffala is in a relationship with Fall Nish.
10 seconds ago · Like · comment
Aziha Zainuddin, Asip Fabregas  , Era Zierah and 193 others like this.
View all 361 comments

Status perhubungan di Facebook.
Perlukah ianya dihebahkan ke serata maya?
Apa tujuan kau tayang hubungan kau kepada dunia?
Apakah kesannya kepada komuniti dan masyarakat?[haha..ade ke?]

Dari sudut pandangan couple

Perlukah?

"Mestilah kena hebahkan hubungan cinta suci kami ini"

Mengapa?

"Biar semua tau yang kami sudah couple secara rasmi[officially]"

Kesan?

"Kami rasa lebih secure[selamat]"


Dari sudut pandangan ex[bekas kekasih]

Perlukah?

"Tak payahlah nak tayang sangat balak kau yang muka pecah jamban tu!"

Mengapa?

"Kau sajalah tu nak sakitkan hati aku.Tak sampai seminggu clash dah couple."

Kesan?

"Kau tunggulah.Revenge of the fallen."


Dari sudut pandangan aku
Perlukah? Mengapa? Kesan?

Err..Facebook kau orang..Lantak kau oranglah..Ada aku kesah!Ha ha ha
Bukan itu pandangan aku..bukan..aku begurau.aku begurau..

Bagi aku, bila kau sudah pegang hati dia..kau tidak perlu untuk..

Tayang status hubungan.
Post ILYSDFM! berjela-jela di wall kekasih setiap masa.
Periksa inbox mesej dia.
Cemburu buta bila ada lahabaustalker yang like gambar muncung itik awek kau.


Perbuatan diatas hanya menunjukkan yang kau adalah psiko dan paranoid!


p/s: Sebenarnye Fall Nish kachak.Bukan muka pecah
     jamban seperti yang digambarkan oleh ex[bekas kekasih] Ana..
     Ha ha ha..

11 comments:

Si Gades said...

mmg kau teramat kachak.
aku pun terpukau melihat kau pertama kali bersua.
semoga kau bahagia bersama Ana
=P

Fall Nish said...

hak3..pedas..pedas..
aku Aminkan sahaja..
biar mereka bahagia..

Anonymous said...

fall nish mmg kachak

Meister said...

kekachakan Fall Nish tak terhingga.. Kalau sekali pandang.. perempuan boleh cair meleleh dengan pantas..!

HEROICzero said...

Dari sudut pandangan couple

Perlukah?

"Mestilah kena hebahkan hubungan cinta suci kami ini"

Mengapa?

"Biar semua tau yang kami sudah couple secara rasmi[officially]"

Kesan?

"Kami rasa lebih secure[selamat]"

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

untuk rasa secure?

kasihan.

kau ber'couple' dengan seseorang yang kau tak rasa secure,

lalu kau gunakan in-a-relationship facebook untuk buat kau rasa secure.

untuk sedapkan hati, ye dik?


bodoh.

bila kau berkasih, bila kau bersayang, biarkan saja.

kau perlu untuk belajar mula berkasih , mula bersayang dengan orang yang HANYA kau rasa secure.



bukan berkasih, bukan bersayang, dan kemudian baru kau mahu cari rasa secure itu.



kasihan.



*'kau' itu, bukan kau, indah fallen. aku suka kau. =)

Fall Nish said...

Meister: Tidak perlu lebih2..=P
Hero: Kau bukan aku eh..*Fuh..Lega*
Haha..

HEROICzero said...

indah fallen. tolong aku. kenapa setiap kali aku copy paste url kau, utk link dlm blog list aku, dia automatik paste url lama kau? appear email lama kau.

kenapa kenapa?

dan baru aku tahu, kau ni fallen-whosthatdude, rupa nya. lama aku cari kau. =)

Fall Nish said...

hmm..mungkin sebab aku tukar url ni dulu..
ke aku perlu pakai url lama?
argh!penatlah aku perah otak fikir nama ni..

HEROICzero said...

tak apa. abaikan.

hahahahahah.

biar aku datang sendiri.

=)

mushroom said...

"Perbuatan diatas hanya menunjukkan yang kau adalah psiko dan paranoid!"

ya, dia tu paranoid dan memaksa aku supaya aku delete akaun FB aku. aku buat je demi cinta. xpela tuh kot hahak

Fall Nish said...

Kalau kau rasa itu yang terbaek..
apa salahnya berkorban..
semoga berbaloi pengorbanan kau itu..

"Sekarang kau enjoy lah puas2 dengan kawan2
nty dah kawen,kau tade mase untuk itu semua"~karim

=P