Friday, May 6, 2011

Kau Janji Tau

Kau ada pasangan?Bagi yang ada[lagi-lagi baru declare atau baru kahwin],
tahniah aku ucapkan.Setiap masa mesti kau akan bercengkeramabersama pasangan kau bukan.
Teman-teman akan disisihkan buat semantara waktu. Maklumlah, masih hangat katanya..ha ha ha..
Asalkan kau bahagia, kami bahagia juga..Bagi yang tidaklaku ada janganlah terasa ya!

Berapa banyak cinta awak pada saya?

Sebanyak pasir di pantai lah
Sebanyak molekul oksigen di udara lah
Sebanyak-banyak tak terkira lah

Begini kan antara jawapan kau orang pada soalan dia?Sedaya upaya kau beri keyakinan
yang kau sungguh-sungguh cintakan dia.Cinta mati!

Ketika membeli belah bersama dia.

Jalan pimpin tangan erat-erat. Rapat-rapat.
Mari saya tolong angkatkan barang awak tu..Kesian nanti tangan awak kasar..
Saya nak beli kasut..
Saya nak beli baju..
Saya nak beli legging..
Saya nak bla bla bla..

Awak kaki saya sakitlah.boleh urutkan?
Awak boleh kita patah balik? saya terlupa nak beli barang kecantikan lah..

Respon kau? Apa sahaja untuk awak..kan?



Berapa banyak cinta kau pada mak?

.........

Ketika membeli belah bersama mak.

Pernah kau pimpin tangan kedut mak kau masa berjalan?

Mak nak beli baju..
Mak nak beli telekung..
Mak nak beli baju abah..
Mak nak bla bla bla..

Abang kaki mak sakitlah..
Abang boleh patah balik?Mak lupa nak beli ubat sakit kaki abah lah..

Respon kau?

Kau jangan pernah malu untuk pimpin mak..
Kau jangan pernah maki mak..
Kau jangan pernah marah kalau mak lupa..
Kau jangan pernah merungut kalau mak jalan lambat..

Kau janji tau..jaga mak baik-baik..Dengar cakap mak..



                                                            Kasih ibu membawa ke syurga~

5 comments:

HEROICzero said...

=)

Selamat hari ibu semua.

Si Gades said...

aarrggghh mata aku masuk pasir pula masa baca entry nie.

selamat hari ibu :)

Fall Nish said...

sila pakai google sblm baca..=P

noor haNISAh said...

Kau jangan pernah malu untuk pimpin mak..
Kau jangan pernah maki mak..
Kau jangan pernah marah kalau mak lupa..
Kau jangan pernah merungut kalau mak jalan lambat..


saya suker inih!!!

Budak Kampung said...

nice,nice2=)double thumb up...