Monday, February 7, 2011

Saling Menyinta

Soalan aku..Adakah istilah saling menyinta itu benar-benar wujud dalam dunia percintaan kamu?
Cuba lihat kembali folder "My Love Life" atau "Shared memories"(atau apa-apa sahaja nama) yang kamu buat didalam otak..
Tekan butang <<rewind dan mulakan kajian..Betulkah kamu saling menyinta..Atau.."Oh Tuhanku!Cuma aku sahaja yang bermati-matian cintakan dia.."

Bagi pasangan yang sudah mencapai tahap psychopath biasanya akan abaikan persoalan ini..Kerana prinsip "Lautan api sanggup kurenangi" sudah mula tersemat kukuh dihati dan minda mereka..Tapi bagi golongan yang biasa-biasa(jangan berkecil hati ya), sila ambil tahu..
Cinta kamu dan dia mustahil sama banyaknya..Boleh jadi kamu lebih menyintai dia atau pun sebaliknya..

Mari kita mulakan dengan menganalisa perhubungan kalian,siapa yang menjadi pencinta dan siapa pula yang dicinta..Cuba lihat foto kamu berdua..Andai kata, foto itu kelihatan seperti poster filem "Beauty and The Beast".Jauh berbeza dari segi fizikal.Adakah kamu atau dia yang lebih menyerlah,kachak,comel dan lain-lain..Kalau jawapannya adalah dia..Memang sah anda yang menjadi pencinta..

Tapi ada kes yang istimewa dimana rupa anda seperti "Beast" tetapi dia yang "beauty" mencintai anda..jangan cepat perasan..Dia bukan menyintai anda ya..
haha..barangkali dia menyintai harta anda sahaja..jika anda papa tiada berharta..Cuba imbas kembali, pernahkah anda menggunakan khidmat bomoh handalan dari
negara jiran?Kalau tiada..memang anda makhluk bermulut manis yang bertuah..

[Beauty and the Beast ^_^]


Bagi pasangan yang seperti pinang dibelah dua pula, kita harus menganalisa perjalanan hubungan cinta itu sendiri..
Situasi : Kamu mengajak gadis pujaan hati kamu untuk keluar temu janji.
kamu: Honey..jom kite kua makan ais krim kat tempat bese..
dia: Okay..(tade respon gembira langsung)
kamu: Nty kul5 yyg dtg jemput..

PuKul4.40 kamu sudah terpacak didepan rumah/kolej si dia.PuKul5.30 baru kelihatan kelibat dia..

dia: Sorry yyg..tadi tibe2 sakit perot nak uh uh.(contoh alasan untuk kelewatan yang kesekian kalinya)
kamu: iyelah tu..Dah2 jom gerak..

Adakah kamu sering menjadi penunggu pohon beringin didepan rumah/kolej si dia?
Adakah kamu yang bersungguh-sungguh membuat si dia gembira dan bahagia?
Berapa lama lagi kamu sanggup menunggu..adakah selamanya?
Bagaimana dengan kegembiraan dan kebahagiaan kamu..ada dia kesah?

Nasihat aku kepada para pencinta..
Tunggulah sekiranya dia berbaloi ditunggu..
Tapi harus diingat, hidup ini cuma sementara..
Carilah kebahagian kamu sendiri..

Kepada yang dicintai..
Hargailah sepenuhnya insan yang menyintai kamu..
Barangkali selepas ini kamu tidak akan berjumpa lagi dengan pencinta yang bermatian sepertinya..
Jangan pupuk harapan palsu seandainya kamu tidak ingin bersamanya..

2 comments:

Norot Izzati said...

pewitt! nasihat dari salvatore like a g6.

Indah Fallen said...

haha..sem2 ah kite beringat sblm kene..=P