Betapa hancur hatiku
Melihat engkau bersamanya
Namun ku mencoba tuk tegar menghadapinya
Jangan kau menangis lagi
Tak sanggup aku melihatnya
Sekarang kau pilih diriku atau dirinya..
Para psikopat chenta sekalian..
kau rasa sudah tiada keserasian antara kau dan dia?
Kau sudah tiada perasaan dan tawar hati terhadap dia?
Dan pasangan kau yang baru kelihatan lebih sempurna serba-serbi
berbanding si dia..Dan kau teramatlah mencintainya..
Disini aku sarankan ada baiknya kalau kau berpisah.
Apalah gunanya berpura-pura bukan?Kau sakit.Dia sakit..
Memang sukar kalau sudah bermusim
Setiap masa menuturkan kata-kata keramat ilysdfm!ludah!
Disini aku tolong tunjukkan cara yang profesional untuk berpisah..haha
1.Hantar notis berpisah serta-merta
Notis berpisah ini boleh jadi apa-apa sahaja yang kau rasa selesa..
Kalau kau cukup
Kalau kau tak
Twitter atau FB sahaja.Walau apa cara yang kau pilih,pastikan kau
tidak berdolak-dalih dengan alasan klise[mahu tumpukan pada pelajaran,keluarga sudah buat pilihan].
Beritahu sahaja sebab sebenar.
Kau : Yayang dah tawar hati dengan Honey.
Dia : Tapi kenapa?Apa salah Honey?
Kau : Entahlah.Honey tak salah.Yayang dah xhepy la setiap kali kita jumpa.
Dia : Abes selama 2 tahun ni ape maknenye?ke Yayang ade pempuan
Kau : A'ah..Yayang harap Honey faham.
Lihat..Mudah bukan.haha.
2. Rayuan/Talian hayat
Pasti dia tidak akan berpuas hati.Kau berilah peluang untuk dia merayu.
Kau biarkan sahaja telefon bimbit kau dipenuhi mesej-mesej pujuk rayu.Tapi
di sini kau perlu tegas.Jangan sesekali angkat panggilan dia apatah lagi
membalas mesejnya.Biar dia tahu yang kau benar-benar sudah tidak mahukan dia.
Kalau dia bertindak keterlaluan didinding-dinding FB atau Twitter kau.
Jantan lahanat.Hidup kau memang takkan selamat!
19 hours ago · · Like · comment
Biarkan dia meracau-racau didinding dia sendiri..haha
3. Permintaan Terakhir
Setelah usaha-usaha jahat dia gagal,dia akan cenderung mencuba untuk meraih
simpati atau membangkitkan memori indah lama.
Dia : Kalau Yayang betul2 nak kita berpisah.Honey ikot je..Tapi boleh tak
kita berjumpa buat kali yang terakhir?Honey nk tengok Yayang puas2..
Macam dulu2 masa kite g honeymun..
Kau jangan cair pula.Kau Haruslah tegar.
Kau : Sudahlah awak
Nampak tak?Nampak tak?Kau jangan panggil nama manja dia lagi..Tanamkan rasa gelimat setiap
kali kau mendengar nama-nama itu.wekk!
4. Pulangkan
Selain merayu,dia akan cuba memulangkan atau menuntut harta sepencarian
sepanjang tempoh bersama dengan kau.
Dia : Yayang,Honey nak pulangkan rantai,cincin,blackberry dgn bearbear ni..
Kau : Awak simpan je la.Tu sume saya ikhlas bagi.
Dia : Memang Yayang dah tak nak jumpe Honey lagi kan.
Kau : Itu yang terbaik buat kita..
Aku cinta bukan kau.. |
Memang kau yang bersalah putuskan hubunganTapi percayalah,dia lebih rela pergi
dari menerima simpati atau ditipu oleh kau.Lama kelamaan dia akan mengundur diri.
Kau boleh bebas bersama pasangan baru kau..
Tapi pastikan jangan sampai kau jilat ludah sendiri dihari kemudian..Haha.
Selamat tinggal..Sayang
Terima kasih atas segalanya..
7 comments:
bapak touching.. 10 bintang untuk karangan ini.. boleh digune bagi yg betul2 dah pikir untuk berpisah... tahniah la kawan.. TABAH!!!
Terima kasih..Sekadar renungan bersama~
harta sepencarian~~~ i like!!
aku pernah mengalami ini. percaya aku, susah.
dengan mesej yang ringkas, aku hantar. mahu berpisah. oh bukan. bukan mahu berpisah. aku mahu pergi terus.
kemudian aku biarkan. campak henfon aku. selang esok, beratus miscall, berpuluh text mesej. tanyakan sebab, merayu, menangis, mengugut. macam2.
manakan mampu aku nak bagi sebab. ah susah untuk kata.
tegar.
ya. aku sungguh tak matang dalam hal memutuskan.
semoga jantan celaka macam aku, cukup lah aku yang terakhir.
heh.
jadi apa tindakan kau?
tegar atau mengalah?
tegar.
dan keputusan yang dia kira salah pada waktu itu, sekarang jadi keputusan yang betul pada aku.
good for her.
=)
kalau perpisahan itu membawa kebaikan..
tegarlah kau menghadap..tetaplah dengan keputusan itu..
satu hari dia akan faham..
Post a Comment