Tuesday, March 29, 2011

Usai Sudah

Betapa hancur hatiku
Melihat engkau bersamanya
Namun ku mencoba tuk tegar menghadapinya

Jangan kau menangis lagi
Tak sanggup aku melihatnya
Sekarang kau pilih diriku atau dirinya..

Para psikopat chenta sekalian..
kau rasa sudah tiada keserasian antara kau dan dia?
Kau sudah tiada perasaan dan tawar hati terhadap dia?
Dan pasangan kau yang baru kelihatan lebih sempurna serba-serbi
berbanding si dia..Dan kau teramatlah mencintainya..shit!sah kau mereng!

Disini aku sarankan ada baiknya kalau kau berpisah.
Apalah gunanya berpura-pura bukan?Kau sakit.Dia sakit..
Kalau berpisah,dia yang sakit..sebab kau yang minta..haha
Memang sukar kalau sudah bermusim bercengkerama bersama..
Setiap masa menuturkan kata-kata keramat ilysdfm!ludah!

Disini aku tolong tunjukkan cara yang profesional untuk berpisah..haha

1.Hantar notis berpisah serta-merta

Notis berpisah ini boleh jadi apa-apa sahaja yang kau rasa selesa..
Kalau kau cukup kejam berani.kau cakap muka ke muka.Ini yang terbaik.
Kalau kau tak cukup berani sampai hati.kau boleh telefon atau SMS atau
Twitter atau FB sahaja.Walau apa cara yang kau pilih,pastikan kau
tidak berdolak-dalih dengan alasan klise[mahu tumpukan pada pelajaran,keluarga sudah buat pilihan].
Beritahu sahaja sebab sebenar.

Kau : Yayang dah tawar hati dengan Honey.
Dia : Tapi kenapa?Apa salah Honey?
Kau : Entahlah.Honey tak salah.Yayang dah xhepy la setiap kali kita jumpa.
Dia : Abes selama 2 tahun ni ape maknenye?ke Yayang ade pempuan simpanan lain?
Kau : A'ah..Yayang harap Honey faham.

Lihat..Mudah bukan.haha.

2. Rayuan/Talian hayat

Pasti dia tidak akan berpuas hati.Kau berilah peluang untuk dia merayu.
Kau biarkan sahaja telefon bimbit kau dipenuhi mesej-mesej pujuk rayu.Tapi
di sini kau perlu tegas.Jangan sesekali angkat panggilan dia apatah lagi
membalas mesejnya.Biar dia tahu yang kau benar-benar sudah tidak mahukan dia.
Kalau dia bertindak keterlaluan didinding-dinding FB atau Twitter kau.

Jantan lahanat.Hidup kau memang takkan selamat!
19 hours ago ·  · Like · comment

Block sahaja tanpa was-was.
Biarkan dia meracau-racau didinding dia sendiri..haha

3. Permintaan Terakhir

Setelah usaha-usaha jahat dia gagal,dia akan cenderung mencuba untuk meraih
simpati atau membangkitkan memori indah lama.

Dia : Kalau Yayang betul2 nak kita berpisah.Honey ikot je..Tapi boleh tak
      kita berjumpa buat kali yang terakhir?Honey nk tengok Yayang puas2..
      Macam dulu2 masa kite g honeymun..

Kau jangan cair pula.Kau Haruslah tegar.

Kau : Sudahlah awakHoney,Masa kita dah tamat.Biarlah saya Yayang bahagia dengan dia.


Nampak tak?Nampak tak?Kau jangan panggil nama manja dia lagi..Tanamkan rasa gelimat setiap
kali kau mendengar nama-nama itu.wekk!

4. Pulangkan

Selain merayu,dia akan cuba memulangkan atau menuntut harta sepencarian
sepanjang tempoh bersama dengan kau.

Dia : Yayang,Honey nak pulangkan rantai,cincin,blackberry dgn bearbear ni..
Kau : Awak simpan je la.Tu sume saya ikhlas bagi.
Dia : Memang Yayang dah tak nak jumpe Honey lagi kan.
Kau : Itu yang terbaik buat kita..
Aku cinta bukan kau..
Kau menipu jika boleh melupakan dia sekelip mata.Tapi kau terpaksa berlakon sebegini.
Memang kau yang bersalah putuskan hubunganTapi percayalah,dia lebih rela pergi
dari menerima simpati atau ditipu oleh kau.Lama kelamaan dia akan mengundur diri.
Kau boleh bebas bersama pasangan baru kau..

Tapi pastikan jangan sampai kau jilat ludah sendiri dihari kemudian..Haha.
Selamat tinggal..Sayang
Terima kasih atas segalanya..

7 comments:

Anonymous said...

bapak touching.. 10 bintang untuk karangan ini.. boleh digune bagi yg betul2 dah pikir untuk berpisah... tahniah la kawan.. TABAH!!!

Fall Nish said...

Terima kasih..Sekadar renungan bersama~

noor haNISAh said...

harta sepencarian~~~ i like!!

HEROICzero said...

aku pernah mengalami ini. percaya aku, susah.

dengan mesej yang ringkas, aku hantar. mahu berpisah. oh bukan. bukan mahu berpisah. aku mahu pergi terus.

kemudian aku biarkan. campak henfon aku. selang esok, beratus miscall, berpuluh text mesej. tanyakan sebab, merayu, menangis, mengugut. macam2.

manakan mampu aku nak bagi sebab. ah susah untuk kata.

tegar.

ya. aku sungguh tak matang dalam hal memutuskan.

semoga jantan celaka macam aku, cukup lah aku yang terakhir.

heh.

Fall Nish said...

jadi apa tindakan kau?
tegar atau mengalah?

HEROICzero said...

tegar.

dan keputusan yang dia kira salah pada waktu itu, sekarang jadi keputusan yang betul pada aku.

good for her.

=)

Fall Nish said...

kalau perpisahan itu membawa kebaikan..
tegarlah kau menghadap..tetaplah dengan keputusan itu..
satu hari dia akan faham..