Friday, August 1, 2014

Kembali

Dia.
Yang dahulu tegar
kelihatan seperti ingin kembali
Menyudahkan kisah
Kasih tak kesampaian


Sunday, January 6, 2013

Aku (Masih Manusia)

Jauh sudah aku mengembara
Sendiri aku berkelana merentas masa
Mencari erti cinta,sayang dan rindu
Menyelam ke dasar gundah pilu

Ah..Ternyata aku ini masih manusia
Masih dambakan cinta sang hawa
Rindu bujukan mesra
Melayang ke taman syurga

Bila cinta menggamit
Syukur ku panjatkan ke langit










Wednesday, July 4, 2012

Meniti Realiti


Kalau kau tanya pada aku
"Kenapa?"
Jujur aku tak ada jawapan nya
Kau tanya buat kesekian kalinya
"Kenapa?"
Jujur aku masih tiada tahu

Lalu aku mencari alasan semunasabah mungkin

Agar kau berhenti bertanya
Agar kau terima hakikatnya
Antara kita disini pengakhirannya

Kau kata kau perlu tahu
Kini kau sudah ketemu

Bagi aku ia tak akan mengubah apa-apa

Aku akan tetap pergi
Kau akan tetap tangisi

Buka hati,hadapi realiti

Thursday, April 26, 2012

Dunia Persahabatan

"K.A.M.I"











Setiap orang perlukan Kawan, Teman, Gang, Orang-orang yang kita boleh berhubung.

Tapi apakah itu kawan?

Geng warong kopi, member lepak, member persepejuangan, rakan-rakan sekolah @ kawan-kawan yang bersama-sama kita semasa kecil.

Tiada prajudis, tiada perbezaan, tiada pertandingan, tiada persaingan.

Sehingga suatu hari kita belajar membuka mata dan kita mula nampak DUNIA bukan sekadar HITAM dan PUTIH...........

TAK DA HAL lah, sekarang nie nak buat kawan memang cepat senang dan pantas... Tak payah keluar rumah, tak payah tinggalkan kerusi, terus dari skrin komputer keletak keletuk je keyboard.. dah dapat member.. hahahaha...

Tapi apakah kita tahu akan sebenarnya perangai seseorang itu..
Itulah kelemahannya....

Kita meneruskan hidup untuk mencari kawan, teman, dan rakan untuk mengisi kekosongan tanpa menyedari mereka berada DI depan kita...
Hanya menunggu masa untuk menemukan kita kembali..

Hanya menunggu keadaan yang akan menentukan ARAH persahabatan...

Dan dalam persahabatan diperlukan keserasian, dan keikhlasan barulah boleh ngam..........

Seperti juga dalam BERCINTA lebih kurang sama saja itu dan ini mesti ada, mesti ada keinginan dan mesti ada kemahuan barulah boleh suka sama suka...

Finally apabila bertemu dan saling berkenalan, bila kita sudah serasi bersama..........

Hanya masa menentukan perjalanan
persahabatan KITA................. K.A.M.I..

Tuesday, February 21, 2012

Aku lah (Si Bodoh Itu)

"Kalau aku bisa ceritain,pasti.pasti kalian tidak akan percaya"

Aku pernah sengaja gagalkan diri dalam peperiksaan,demi bersama 
dengan dia satu semester lagi.

Aku pernah mengambil intersesi/short sem semata-mata untuk
temankan dia.Berada disisi dia selalu.

Aku pernah membelanjakan sekeping RM50(duit terakhir yang aku 
ada) untuk membeli teddy bear(yang berharga RM49.90!) sebagai 
hadiah kepada dia ketika dia demam kerana cabut gigi.

Aku pernah memandu merentas lebuhraya beratus kilometer jauhnya
demi menjemputnya pulang pada tiap-tiap cuti semester dengan
menaiki kereta sewa

Aku pernah makidalam hati penyelia asrama dia kerana tidak 
membawa dia ke hospital sewaktu dia diserang asma.

Aku pernah menyimpan duit untuk membeli nebulizer untuk kegunaan
dia bila kami sudah berumah tangga kelak.

Aku pernah bla bla bla..

Ya aku pernah..dan ya..
Akulah si bodoh itu..Tepuk tepuk tepuk.